Irsyad Fatwa Ke-11 : Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa

Soalan
11: Adakah kita dibenarkan menyambut perayaan seperti Hari Ibu dan Hari
Bapa? Jika boleh, apakah panduan untuk merayakannya?
Jawapan:
Firman Allah SWT:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا
يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل
لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾
وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ
ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾ رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا
فِى نُفُوسِكُمْ ۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِينَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلْأَوَّٰبِينَ غَفُورًا ﴿٢٥﴾
Maksudnya: Dan
Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan
hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika
salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur
lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan
kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan
ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu
terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai
Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah
mendidik aku waktu kecil. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam
hatimu. Jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha
Pengampun bagi orang-orang yang bertaub
(Surah al-Isra’: 23-25)
Ayat
di atas menunjukkan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya
iaitu mendoakan kesejahteraan mereka, berbuat baik, memberi bantuan yang
sewajarnya sebagai mengenang dan membalas jasa ibu bapa atas
pengorbanan mereka yang tidak ternilai.
Berkenaan dengan sambutan Hari Bapa atau Hari Ibu, suka dinyatakan bahawa:
· Saya
melihat isu seperti ini lebih kepada istilah sahaja di mana hakikat
perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya
Haji.
· Berkenaan
dengan memuliakan ibu bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh
tertentu. Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan
sepanjang hayat. Justeru, perayaan seperti ini lebih menghampiri
pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati ibu
dan bapa. Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan
menghormati kedua ibu bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam
al-Quran dan al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.
Saya
tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai
perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa
syarat:
· Menganggap
Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka,
bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh
tersebut.
· Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
Sewajarnya
seseorang Islam sentiasa menghormati ibubapa dan pada saat yang sama
memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat
Islam.
Akhukum Fillah,
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan