Pihak Madrasatul islamiah menjemput sidang jemaah dan anak kariah sekalian bersama-sama dalam kursus ini... Apa yang nak di bincangkan? Antaranya :
Slot pertama : 8.30-10.30 pagi
( Persediaan ketibaan Ramadhan )
1) Persoalan Qadha puasa yang tertinggal
2) Persoalan fidyah
3) Qadha puasa bagi orang sakit yang tiada harapan sembuh
4) Adakah wajib fidyah bagi ibu mengandung
5) Pengiraan fidyah bagi yang tidak pasti jumlah tinggal puasanya
6) Persoalan Matla’
7) Bagaimana puasa bagi orang yang bermusafir, di Malaysia sudah berpuasa, kemudian pada hari tersebut beliau ke jepun dan disana belum lagi berpuasa…. Bagaimana status puasanya
8) Hukum zakat fitrah yang terhutang
9) Hukum berpuasa pada nisfu syaaban
10) Berpuasa dengan niat nak kurus
11) Hukum orang haidh yang meneruskan puasanya
12) Adakah kaedah lain di dalam islam yang membolehkan orang terlalu tua serta tidak berupaya untuk tidak menunaikan puasa
13) Apakah yang dimaksudkan dengan hari Syak
14) Bagaimana dengan puasa yang ditinggalkan yang tak sempat nak diqadhakan tetapi dia dah meninggal
15) kadar satu mud
Slot kedua : 11.00 – 12.45 tghari
( Hukum berkaitan puasa )
1) Hukum puasa bagi orang yang buasir
2) Hukum berjimak di siang ramadhan dengan didahulukan dengan berbuka
3) Penggunaan ubat-ubatan seperti inhaler atau ubat sakit mata ketika berpuasa
4) Bersetubuh disiang ramadhan ketika bermusafir
5) Hukum menukar dan mencuci darah ketika berpuasa
6) Hukum mencabut gigi ketika berpuasa
7) Hukum puasa bagi orang yang kerap bermusafir dan kerap sakit sehingga tidak mampu menggantikan puasanya
8) Persoalan niat puasa
9) Berbolak-balik dalam niat puasa
10) Hukum guna ubat ulser mulut ketika berpuasa
11) Hukum menggunakan listrine ketika berpuasa
12) Masuk air kerana sakit
13) Mengeluarkan air mani dengan sengaja, perlukah kafarah puasa?
14) Adakah bersahur itu dikira niat puasa
15) Hukum solat tarawaih, mana yang betul dan mana yang afdhal, 8 atau 20?
16) Solat witir dalam bulan ramadhan. Mana yang lebih afdhal , Berjemaah atau sorang-sorang
17) Hukum puasa bagi orang yang kena gangguan makhluk halus
18) Hukum dipaksa makan ketika berpuasa
19) Hukum dipaksa berjimak ketika berpuasa
20) Apa yang dimaksudkan dengan rongga yang terbuka?
Rugi kalau tak datang.... Maila jangan tak mai... Penyertaan adalah percuma ... makan disediakan... 2kali makan.... ada sahabat spnsor 2 ekor kambing.... mai timba ilmu...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan