Rabu, 23 September 2015

SOLAT SUNAT IDUL ADHA 1436



SOLAT SUNAT IDUL ADHA 1436
Tarikh / Hari : 24 September 2015 ( Khamis )
Masa : 8.00 Pagi
Khatib dan Imam bertugas : Ustaz Husnul Yaqin bin Jalius ( Imam 1 )



KHUTBAH EIDIL ADHA 1436H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ .  وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ......
فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله تعالى دالم أية   1-2 سورة  الحج :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ ﴿١يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ اللَّـهِ شَدِيدٌ ﴿٢
Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.  Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat lagi mengerikan
Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Tidak begitu lewat pada hari ini untuk kita sama-sama mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga lebih 100 Jemaah haji yang meninggal dunia termasuk dari Malaysia dan lebih 200 yang lain cedera akibat berlakunya runtuhan kren yang menimpa Jemaah yang sedang beribadat di Masjidil Haram pada petang Jumaat 11 September yang baru lalu sejurus berlakunya ribut pasir dan hujan lebat. Semoga Allah ganjarkan dengan pahala dan kedudukan yang begitu istimewa disisiNya bagi golongan yang meninggal dunia pada hari Jumaat yang mulia, di tempat yang mulia iaitu Masjidil Haram, Mekah ketika menjalani ibadat kepada Allah.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ– رواه الترمذي وأحمدوالبيهقي
Maksudnya : Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumat atau pada malam Jumat melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah (pertanyaan) kubur
Malah nabi s.aw memberitahu bahawa orang mati tertimpa akibat runtuhan dianugerah sebagai mati Syahid
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ- رواه البخاري ومسلم
Maksudnya : Syuhada (orang mati Syahid) itu ada 5 iaitu [1]orang yang meninggal karena penyakit Ta’un, [2] orang yang meninggal kerana penyakit perut, [3]orang yang mati tenggelam(lemas), [4]orang yang meninggal kerana tertimpa runtuhan, dan [5]orang yang gugur di jalan Allah.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam Surah as-Soffaat ayat 107 :
وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧
Ertinya : Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; 
            Sambutan Aidil Adha tidak lengkap tanpa menyebut tentang pengorbanan agong nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam mentaati perintah Allah. Imam Ghazali menegaskan bahawa penyembelihan binatang korban adalah sebagai simbol dari penyembelihan atau menghilangkan sifat-sifat kebinatangan yang ada pada manusia seperti sifat tamak, kedekut, sombong, dengki dan sifat mazmumah atau tercela yang lain. Dengan berkorban diharapkan semua manusia dapat membuang sifat-sifat kebinatangan yang dapat mendatangkan musibah dan bencana itu.Dalam hubungannya dengan kehidupan kita sekarang, ibadah korban mesti dilakukan oleh 7 golongan utama dalam masyarakat iaitu :
[1]Korban di kalangan Pemimpin dengan menyembelih sifat-sifat kebinatangan yang ada pada mereka seperti tamak, gila kuasa, zalim sehinggamereka akan bermartabat di hadapan Allah dan terhormat di mata manusia. Kegagalan pemimpin dalam menyembelih sifat tamak sebagi contoh akan melahirkan pemimpin yang sentiasa memikirkan cara memaksimakan kemasukan negara dan meminimakan kebajikan kepada rakyatsehingga rakyat dihimpit dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup untuk memenuhi pembaziran pemimpin.
[2]Korban di kalangan Pengusaha dan ahli perniagaan dengan menyembelih sifat-sifat tidak jujur, menipu, manopoli dan memperdaya pembeli. Apabila kekayaan Negara hanya berlegar di kalangan kaya sahaja maka jarak pemisah yang jauh antara kaya dan miskin bakal menggugat keamanan dan keselamatan Negara.
[3]Korban di kalangan Hakim, pengamal undang-undang serta pelaksana polisi agar menjauhi rasuah, pecah amanah dalam menjamin kelangsungan keadilan
[4]Korban di kalangan Guru dan Para Pendidik dalam mendidik anak bangsa terutama ketika cabaran alam pendidikan yang semakin mencabar di tengah-tengah bebanan tugasan guru yang semakin banyak. Tanpa pengorbanan warga pendidik dengan sokongan pemimpin, ibubapa dan masyarakat maka masalah jenayah juvana yang semakin meningkat gagal ditangani.
[5]Korban di kalangan ibubapa dan Anak-anak dengan menjadikan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar sebagai suri tauladan dalam pengorbanan terhadap apa yang paling dicintainya kerana kecintaan dan keta’atan kepada Allah mengatasi segala-galanya. Berikanlah anak-anak pendidikan agama dan pergaulan yang terbaik, ajarkan kepada mereka mengenal Allah dan mencintai Allah. Didik anak-anak dengan perhatian penuh, jangan mendidik anak-anak dari sisa waktu kita.
[6]Korban di kalangan Anak-anak dengan menjadikan Nabi Ismail AS sebagai teladan dalam keta’atan kepada perintah Allah serta penghormatan kepada kedua orang tua. Korbankan waktu berseronok untuk tumpu pada pengajian dan kerjaya yang halal
[7]Korban kita semua dengan mengeluarkan zakat, sedekah dan menunaikan ibadat korban bagi yang mampu. Jadikan semua yang kita miliki sebagai alat mendekat kepada Allah SWT.
            وَٱلۡعَصۡرِ ١  إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ ٢  إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ ٣
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ . فرمان الله تعالى دالم أية  46سورة  الأنفال :
وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦
Maksudnya :Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar)

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Ketika menghayati hikmat daripada ibadat haji dan ibadat korban maka di sana kita dapati ada titik persamaan dari sudut membina kekuatan umat yang bersatu atas dasar Islam dengan berkasih sayang atas dasar iman. Penjajahan yang berjalan sekarang bukan lagi untuk menjajah tanah tetapi agenda utama musuh adalah memecahkan umat Islam yang dulunya bersatu di bawah khalifah Islamiyah menjadikannya serpihan yang semakin kecil. Musuh melenyapkan undang-undang Islam di tanahair kita sendiri. Ekonomi dunia dikuasai bukan Islam serta tiada negara Islam tersenarai sebagai negara maju. Walaupun kita kaya, kita menjadi negara pengguna, bukan pengeluar apatah lagi pencipta untuk kebaikan manusia sejagat. Negara kita sendiri menyaksikan bagaimana beras, bahan makanan dan keperluan harian bukan orang Islam yang keluarkan. Harta dalam bandar besar tidak sampai 5% milik orang Islam. Ini semua sangat jauh dari apa yang kita harapkan sebagai bangsa yang mampu mendokong amanah memerintah. Apa yang tercerna dalam masyarakat kini perlu diproses semula dengan proses lama iaitu pendidikan.  
Umat Islam kini sudah lupa diri mereka, terhakis nilai dan keIslaman yang tulen daripada keturunan mereka. Kekuatan akal mereka disia-siakan. Musuh merasa senang untuk mengganyang Islam kerana umat Islam sudah tiada perancangan. Mereka menjadi satu umat yang sudah tidak suka membaca apatah lagi mencipta. Kekuatan amalan disia-siakan dengan penafsiran sempit, lebih banyak bercakap dan berdebat tapi tidak melaksanakan. Menjadi umat yang berteori yang hanya duduk di atas kertas sahaja sehingga menjadi umat yang lesu dan sempit segala buah fikiran. Oleh itu inilah masanya kita kena kuatkan institusi kekeluargaan, perlu fokus kepada keluarga sendiri agar menjadi unit yang jati bukan di sudut ekonomi semata-mata. Ibu bapa kena tahu apa yang anak-anak layari dan langgani. Kembalikan keluarga kita kepada neraca Islam dalam bentuk keluarga dan jamaah. Tegakkan Khilafah Islamiah bermula daripada diri sendiri seterusnya ahli keluarga, masyarakat setempat sebelum memacu kepada negeri kemudian Negara sehingga alam sejagat. Gerakan atas dasar iman ini pasti mampu meruntuhkan jahiliyyah seterusnya menghalau sebarang bentuk penjajahan oleh musuh Islam. Mampu memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa daripada kerakusan zionis Yahudi, menghentikan perang saudara di bumi Iraq, Syria, Yaman, Libya, menyekat penindasan terrhadap umat Islam Rohingya di Myanmar, Thailand dan seluruh dunia. Korbankan sifat penting diri untuk menyelamat dan membantu saudara seagama yang lain. Korbankan semangat kebangsaan sempit untuk memastikan Islam menjadi agama sejagat. Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia dunia akhirat.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam bermula hari ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِوَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ   , اللّهُمَّ انْصُرْإِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي مصر وفي Myanmar وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْعِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan