PUSAT PERKEMBANGAN INSAN DAN AKTIVITI MASYARAKAT DI KAWASAN KAMPUNG CHERAS BARU, KUALA LUMPUR. PELBAGAI KEMUDAHAN DISEDIAKAN. JOM BERJEMAAH DAN BERKULIAH
Isnin, 29 Jun 2015
Sabtu, 20 Jun 2015
Bekalan sepanjang minggu depan (22.6.2015 - 28.6.2015)
Bekalan untuk anda sepanjang minggu depan (22.6.2015 - 28.6.2015)
Mai jangan tak mai.... Jom imarahkan ramadhan
AL-FATIHAH
Satu berita duka dibulan Ramadhan... Hilangnya satu lagi permata ilmu....
Al-fatihah
Dikhabarkan bahawa Al-Marhum Tuan Guru Hj Omar Saad ( Darul Atiq ) yang telah menabur jasa beliau di madrasah beberapa tahun, telah kembali ke rahmatullah pagi tadi... dan insya allah akan dikebumikan selepas solat asar..
Pihak Madrasatul Islamiah akan menganjurkan solat ghaib selepas solat maghrib nanti yang akan dipimpin oleh ustaz Husnul Yaqin bin Jalius ( Imam 1 )
Ahad, 14 Jun 2015
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN.
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436…..
Sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, pihak Madrasatul Islamiah menyediakan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada seluruh jamaah bagi menghidupkan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Antara aktiviti yang disediakan :
1) Kuliah Subuh dan Tazkirah Jumaat berterusan
2) Kuliah sebelum berbuka puasa setiap hari
3) Iftar Jamaie ( Berbuka puasa beramai-ramai ) setiap hari
4) Solat Tarawaih yang diimamkan oleh imam jemputan daripada Kemboja
5) Tazkirah Ramadhan setiap malam ( Sila rujuk jadual kuliah )
6) Bacaan Al-Quran selepas solat Tarawaih
7) Tahlil arwah setiap malam
8) Jamuan Moreh setiap malam
9) Tadarrus Al-Quran
10) Qiamullail pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan dipimpin oleh imam jemputan
11) Sumbangan Hari Raya kepada pihak yang memerlukan
12) Kutipan zakat fitrah oleh amil-amil yang dilantik oleh MAIWP
13) Dan banyak lagi program yang telah dirancang.
Bagi menjayakan program-program yang dirancang ini, pihak Madrasatul
Islamiah memerlukan sumbangan wang ringgit daripada tuan/puan. Sumbangan
tersebut bolehlah dibuat dengan mengisi borang tahlil arwah yang
disediakan dan diserahkan bersama-sama sumbangan tuan/puan kepada
penama-penama yang tertera di dalam borang tersebut atau terus
menyumbang dengan menghulurkannya kepada penama-penama yang tertera di
bahagian borang..
Segala sumbangan daripada tuan/puan, pihak Madrasatul Islamiah dahului jutaan terima kasih tidak terhingga.
Segala sumbangan daripada tuan/puan, pihak Madrasatul Islamiah dahului jutaan terima kasih tidak terhingga.
Pengisian ilmu untuk minggun ini ( 15.06.2015 - 21.06.2015 )
Bekalan untuk anda semua sepanjang minggu ini.... Bermula 18.06.2015
bersamaan 1 ramadhan kuliah maghrib akan di awalkan iaitu kepada sebelum
berbuka puasa bermula jam 6.30 petang..
Dan akan ditambah dengan tazkirah ramadhan yang akan berlangsung selepas 4 rakaat solat tarawaih... Dalam tempoh lebih kurang 15 ke 20 minit...
Manakala kuliah subuh dan tazkirah jumaat berjalan seperti biasa..
Dan akan ditambah dengan tazkirah ramadhan yang akan berlangsung selepas 4 rakaat solat tarawaih... Dalam tempoh lebih kurang 15 ke 20 minit...
Manakala kuliah subuh dan tazkirah jumaat berjalan seperti biasa..
Sabtu, 13 Jun 2015
Gotong Royong Perdana sempena menyambut ketibaan Ramadhan 1436
Khamis, 11 Jun 2015
Khutbah Jumaat 12.06.2015 ( Iktibar gempa dan persiapan Ramadhan )
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ
الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
…أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا
اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1 – 8 surah al-Zalzalah :
إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
Maksudnya : Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Kita kini dapat menyaksikan bagaimana umur dunia kini sudah semakin tiba ke penghujungnya. Bukit dan gunung yang dulu teguh berdiri kini mula hancur musnah. Tanah yang tetap terhampar kini bergegar dan runtuh yang menelan bangunan dan manusia. Angin pula bertukar menjadi ribut ganas yang memusnahkan harta dan meragut nyawa manusia. Laut bergelora begitu kuat sehingga memusnahkan daratan. Air hujan melimpahkan air yang begitu banyak sehingga berlakunya banjir yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda. Api yang dulu jadi kawan kini membakar hutan dan bangunan. Manakala manusia mula merusuh tidak tentu hala sehingga keamanan yang dikecapi selama ini mula hancur dan musnah. Bukan umat Islam sahaja yang sememangnya wajib percaya kepada berlakunya qiamat yang bercakap tentang dunia yang semakin kepada saat kehancuran malah agama lain seperti Hindu yang turut mengakui bahawa bumi ini akan hancur apabila sampai kepada pusingan gilirannya. Begitu juga ahli sains yang mengatakan bahawa bumi ini akan hancur akibat hentaman komet atau asteroid dan apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Bencana yang dahsyat dan besar juga boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya di mana plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia itu sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuclear, penggerudian dasar laut dan lain-lain. Qiamat bukan setakat disebut malah diambil sebagai suatu peringatan penting kepada kita semua agar kembali kepada cara hidup Islam dalam semua sistem samada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Jangan biarkan kita hanya menjadi orang yang hanya tahu bercakap tentang qiamat tetapi tidak bersedia untuk menemui Allah dengan bekalan akhirat. Manusia yang bijak ialah orang yang sentiasa bersedia dengan saat kematian dan bersiap dengan bekalan akhiratnya.
Pada Jumaat lepas, Negara dikejutkan dengan gempa bumi di Sabah yang turut mengakibatkan runtuhan besar di Gunung Kinabalu yang turut memusnahkan harta benda dan mengorbankan nyawa manusia. Oleh itu dalam setiap kejadian yang berlaku maka kita wajib percaya kepada kekuasaan Allah yang Maha Perkasa yang mampu melakukan segalanya. Jangan asyik meratib ungkapan bahawa Negara kita selamat, tiada gempa bumi, jauh daripada lingkaran gunung berapi dan sebagainya sebaliknya banyak ingatkan Allah
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Sempena berada di minggu terakhir bulan Sya’aban tahun 1436H di mana beberapa hari lagi kita bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak yang dibuka seluasnya pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka, diganda pahala, diampunkan dosa, dimakbul doa, dirantai segala syaitan derhaka ditambah pula dengan ada pada salah suatu malamnya laillatul qadar di mana kelebihan beribadat pada malamnya lebih baik daripada seribu bulan mestilah sama-sama kita rebut bukan setakat disebut dimulut tanpa berusaha menghidupkannya. Antara persiapan awal kita dalam menyambut Ramadhan ialah :
[1] Banyak berdoa kepada Allah sebagaimana yang dilakukan oleh salafussoleh di mana mereka berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar dipertemukan dengan bulan Ramadhan sejak 6 bulan sebelumnya dan selama 6 bulan berikutnya mereka berdoa agar puasanya diterima Allah kerana dapat berjumpa dengan bulan ini merupakan nikmat yang besar bagi orang-orang yang dianugerahi taufik oleh Allah
[2] Mengqada’ puasa yang telah ditinggal bagi yang belum lagi menyelesaikannya
[3] mempersiapkan diri dengan ilmu terutama berkaitan ibadat puasa di mana Mu’adz bin Jabal r.a berkata: ”Hendaklah kalian memperhatikan ilmu, kerana mencari ilmu karena Allah adalah ibadah”. Ini kerana, ”Orang yang berilmu mengetahui tingkatan-tingkatan ibadah, perosak-perosak amal, dan hal-hal yang menyempurnakannya dan apa-apa yang menguranginya”
[4] Persiapan rohani dengan penyucian jiwa agar kelazatan ibadat puasa benar-benar terasa bukan setakat hanya puasa adat yang tiada pahala
[5] Persiapan kebendaan terutama kewangan bagi memudahkan untuk menambah pahala bersedekah di bulan Ramadhan nanti
[6] Persiapan dari segi jasmani dengan kesihatan tubuh badan kerana kita lebih seronok dan selesa menjalani ibadat puasa dengan keadaan tubuh yang sihat
[7] Mengadakan majlis ilmu, mengedar bahan bacaan serta banyak mengucapkan ucapan kegembiraan dengan kedatangan Ramadhan. Wujudkan suasana yang meriah dalam menanti kedatangan Ramadhan kerana nabi s.a.w apabila menjelang Ramadhan akan memberikan pengarahan mengenai puasa kepada para sahabat. Baginda juga memberi khabar gembira akan kedatangan bulan Ramadhan dengan menjelaskan berbagai keutamaannya dan janji Allah tentang keistimewaannya
Semoga kita semua dipanjangkan umur oleh Allah untuk sama-sama menyambut kedatangan Ramadhan tahun ini. Semoga Allah memberi kekuatan rohani dan jasmani dalam meningkatkan lahi kuantiti dan kualiti ibadat kita sempena Ramadhan sehingga lahir sebagai umat yang bertaqwa
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Rabu, 10 Jun 2015
GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1436
GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1436
Tarikh : 13.06.2015 / 26 Syaaban 1436 ( Sabtu )
Masa : Bermula jam 8.30 pagi
Tempat : Madrasatul Islamiah, Jalan Kuari, Kuala Lumpur.
Tarikh : 13.06.2015 / 26 Syaaban 1436 ( Sabtu )
Masa : Bermula jam 8.30 pagi
Tempat : Madrasatul Islamiah, Jalan Kuari, Kuala Lumpur.
Sidang jemaah dan anak kariah dijemput hadir bersama-sama peralatan yang bersesuaian..... Jamuan sarapan pagi disediakan.
Datang jangan tak datang.... Surau kita tanggungjawab bersama..
Datang jangan tak datang.... Surau kita tanggungjawab bersama..
Jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi Ramadhan 1436
Untuk simpanan anda semua sepanjang Ramadhan
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan
Untuk muat turun dokumen jadual tersebut, klik link di bawah ini:
http://islam.gov.my/node/ 50771
Semoga ia memberi menafaat.......................
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan
Untuk muat turun dokumen jadual tersebut, klik link di bawah ini:
http://islam.gov.my/node/
Semoga ia memberi menafaat.......................
Isnin, 8 Jun 2015
JADUAL MOREH SEPANJANG RAMADHAN AL-MUBARAK 1436
Assalamualaikum semua....
Seperti tahun lepas , pihak madrasah akan membuka peluang untuk berkebajikan sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak... antaranya penyediaan jamuan moreh selepas solat sunat tarawaih..
Seperti tahun lepas, penyediaan jamuan mengikut lorong...
Dengan ini pihak madrasah telah menyediakan jadual beserta nama ketua lorong / jalan / taman...
Seperti tahun lepas , pihak madrasah akan membuka peluang untuk berkebajikan sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak... antaranya penyediaan jamuan moreh selepas solat sunat tarawaih..
Seperti tahun lepas, penyediaan jamuan mengikut lorong...
Dengan ini pihak madrasah telah menyediakan jadual beserta nama ketua lorong / jalan / taman...
Khamis, 4 Jun 2015
GOTONG ORYONG PERDANA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1436
GOTONG ORYONG PERDANA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1436
Tarikh : 13.06.2015 / 26 Syaaban 1436 ( Sabtu )
Masa : Bermula jam 8.30 pagi
Tempat : Madrasatul Islamiah, Jalan Kuari, Kuala Lumpur.
Sidang jemaah dan anak kariah dijemput hadir bersama-sama peralatan yang bersesuaian..... Jamuan sarapan pagi disediakan.
Datang jangan tak datang.... Surau kita tanggungjawab bersama..
Tarikh : 13.06.2015 / 26 Syaaban 1436 ( Sabtu )
Masa : Bermula jam 8.30 pagi
Tempat : Madrasatul Islamiah, Jalan Kuari, Kuala Lumpur.
Sidang jemaah dan anak kariah dijemput hadir bersama-sama peralatan yang bersesuaian..... Jamuan sarapan pagi disediakan.
Datang jangan tak datang.... Surau kita tanggungjawab bersama..
( Khutbah Jumaat : 5.6.2015 )7 golongan yang mendapat naungan Arasy di padang mahsyar
Khutbah Jumaat ( 5 Jun 2015 / 18 syaaban 1436 )
Khatib bertugas : Ustaz Husnul Yaqin bin Jalius
Bilal : Ustaz Mohd Maghribi bin Ismail
Tajuk : 7 Golongan yang mendapat naungan Arasy Allah
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
…
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian :
Pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu. Rasulullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Pemimpin yang adil, Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Rabbnya, Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, Dua orang yang saling mencintai karena Allah Subhanahu wa Ta’ala, berkumpul dan berpisah karena Allah pula, Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya seraya berkata Aku takut kepada Allah, Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dinfaqkan oleh tangan kanannya, serta Seorang yang berdzikir kepada Allah di kala sendiri hingga kedua matanya basah karena menangis.”
Sidang jumaat yang dirahmati allah sekalian,
Melalui hadith ini, jelas menyatakan terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:
1. Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.
2. Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.
4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!” Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.
6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.
7. Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah
Berusahalah kita untuk menempatkan diri kita di dalam golongan-golongan ini…. Agar kita mendapat kebahagian di dunia dan akhirat
وَٱلۡعَصۡرإِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍإِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Langgan:
Ulasan (Atom)









































