Jumaat, 25 Disember 2015

Alunan selawat bersama Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri







Alunan selawat bersama Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Tuan Mufti Wilayah Persekutuan dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1437/2015.

Khamis, 24 Disember 2015

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1437/2015

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1437/2015 
Terima kasih di atas segala sumbangan dan mohon kemaafan atas segala kekurangan. Lain waktu kita berjumpa lagi..... 
 
































Khamis, 17 Disember 2015

Tazkirah Jumaat / Khutbah Jumaat ( 18.12.2015 / 6.3.1437 )

Tazkirah Jumaat ( 18.12.2015 / 6.3.1437 )
Penyampai : Ustaz Husnul Yaqin bin Jalius (imam 1)
Kitab : Mawai'zul Badi'ah
Masa : 12.30
Khutbah Jumaat ( 18.12.2015 / 6.3.1437 )
Masa : Zohor ( 1.12 Petang )
Khatib / Imam bertugas : Ustaz Husnul Yaqin bin Jalius (imam 1)
Muazzin bertugas : En Mohd Maghribi Ismail
Tajuk : Rahmatan lil A'lamin

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِاللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَاللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya

Rabiul Awwal iaitu bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang merupakan nabi akhir zaman yang diutuskan untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Rahmat yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk aqidah, syariah dan akhlak. sehingga keindahan Islam yang dibawa nabi Muhammad s.a.w berjaya menarik ramai manusia yang selama ini tenggelam dalam arus kerakusan hawa nafsu kepada adab Islam yang murni. Sesuatu kejayaan dalam kehidupan ini bergantung kepada sejauh mana kita mencontohi cara hidup nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Perasaan kasih dan cinta yang tinggi kepada junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w tidak mampu terhasil melainkan melalui ilmu. Oleh itu betapa pentingnya system pendidikan Negara dirangka dalam melahirkan rakyat yang benar-benar mengenali seterusnya mencintai dan meneladani cara hidup nabi Muhammad s.a.w yang lengkap. Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini, marilah kita sama-sama menghitung diri tentang tahap kecintaan kita kepada nabi Muhammad s.a.w dan apakah usaha berterusan yang kita lakukan dalam menyuburkan rasa cinta kepada baginda. Berapa banyak kitab atau buku yang berkaitan kisah nabi Muhammad s.a.w berbanding novel, komik, majalah hiburan yang ada di rumah kita. Kita perlu mengambil perhatian sewajarnya berkenaan suatu Kaji selidik yang dilakukan oleh Adecco Malaysia menunjukkan 12 peratus kanak-kanak berusia 7 hingga 14 tahun di Malaysia mahu menjadi pelakon apabila dewasa sebagai pilihan utama kerana ingin mencipta nama dalam industri hiburan. Cara hidup dan pendedahan yang begitu meluas berkaitan cara hidup artis telah membuatkan anak-anak mudah terpengaruh dan menganggap bahawa cara hidup ini merupakan pilihan terbaik. Oleh itu pendidikan anak-anak diperingkat bawah umur 12 tahun perlu dijaga dan dikawal kerana peringkat usia ini mereka mudah terpengaruh samada perkara baik atau buruk. Banyak kisah bagaimana hebatnya nabi Muhammad s.a.w dalam mendidik golongan kanak-kanak dan remaja dari segi adab kehidupan sehingga pendidikan ini melekat dan disuburkan lagi kepada orang lain.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan kebendaan yang tidak kekal sifatnya maka Rasulullah s.a.w adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan ruh umatnya agar berjaya di dunia dan akhirat. Hidup dan mati baginda sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk umatnya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Menyedari betapa kasihnya nabi kepada kita sebagai umatnya maka wajib meningkatkan lagi rasa cinta dan kasih kita kepada baginda dengan bersungguh melaksanakan sunnah nabi dalam setiap aspek kehidupan. Bermula daripada pemimpin yang wajib menanamkan rasa bertanggungjawab kepada rakyat jelata sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh nabi bukannya membiarkan amalan rasuah, pecah amanah dan pembaziran dalam menguruskan harta rakyat kemudian dihisap darah rakyat. Jangan hanya rakyat sahaja disuruh bersyukur dengan menerima bulat-bulat kenaikan kos sara hidup sedangkan pemimpin tidak syukur kepada Allah dengan pecah amanah dan pembaziran sehingga hidup mewah di tengah penderitaan rakyat. Pastikan cadangan dan tindakan yang boleh merosakkan aqidah dan akhlak umat Islam disisihkan serta perkasakan pelaksaan syariat Islam dalam Negara dalam meraih keberkatan dan rahmat daripada Allah dunia akhirat. Begitu juga ibubapa bertanggungjawab dalam melahirkan zuriat yang cintakan Allah dan rasulNya agar masalah kerosakan akhlak dan jenayah rumahtangga dapat diatasi. Jangan hanya anak sahaja disuruh jaga solat, baca al-Quran, tutup aurat sedangkan ibubapa tidak melaksanakannya. Sunnah nabi dilaksana umat mulia. Sirah nabi dihayati umat diberkati

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 6 Disember 2015

MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL ARWAH SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1437 / 2015

MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL ARWAH SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1437 / 2015
TARIKH : 24 DISEMBER 2015 / 12 RABIUL AWWAL 1437 ( KHAMIS )
MASA : BERMULA JAM 6.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SOLAT MADRASATUL ISLAMIAH, JALAN KUARI, KUALA LUMPUR
Aturcara Majlis :

5.45 petang : Para Jemaah mengambil tempat
                    : Bacaan Yassin dan Tahlil Arwah Perdana Pimpinan Ustaz Husnul Yaqin bin
                      Jalius ( Imam 1 )
7.12 petang : Azan Maghrib , solat Maghrib berjemaah
                    : Bicara Addin bersama Sahibus Samahah Tuan Mufti Wilayah Persekutuan
9.00 malam : Solat Isya berjemaah
                    : Jamuan dan bersurai

Kepada sidang Jemaah dan anak Kariah serta keluarga dijemput hadir. Segala sumbangan untuk memeriahkan majlis dalam bentuk wang ringgit adalah amat dialu-alukan… Sumbangan anda boleh dihulurkan melalui pengisian borang tahlil arwah rasmi yang disediakan dan diserahkan kepada penama-penama yang tertera atau menyumbang terus kepada mana-mana AJK Madrasatul Islamiah sebelum waktu Asar pada 24 Disember 2015 ( Khamis ). Segala sumbangan tuan / puan didahului jutaan terima kasih tidak terhingga…


JADUAL KULIAH MINGGU INI 7 HINGGA 13 DISEMBER 2015


Khamis, 26 November 2015

Khutbah Jumaat ( 27 November 2015 ) : Ingatan berharga buat Kaab bin Ujrah

Khutbah Jumaat ( 27 November 2015 )
Khatib/Imam : Ustaz Husnul Yaqin bin Jalius ( imam 1 )
Bilal : En Mohd Maghribi Ismail
Tajuk : Ingatan berharga buat Kaab bin Ujrah

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah….
Pada hari yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini marilah sama-sama kita mendengar sedikit peringatan daripada sepotong hadith nabi SAW… Sesungguhnya menerima dan mendengar peringatan itu memberi banyak menafaat kepada orng yang beriman seperti firman Allah :

ودكر فإن الدكرى تنفع المؤمنين
Berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu memberi menafaat kepada orang yang beriman.

Sidang jumaat yang dirahmati allah :
Satu ketika Nabi SAW telah memberi satu peringatan kepada Kaab bin Ujrah

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنِ ابْنِ خُثَيْمٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَابِطٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِكَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ أَعَاذَكَ اللَّهُ مِنْ إِمَارَةِ السُّفَهَاءِ قَالَ وَمَا إِمَارَةُ السُّفَهَاءِ قَالَ أُمَرَاءُ يَكُونُونَ بَعْدِي لَا يَقْتَدُونَ بِهَدْيِي وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَأُولَئِكَ لَيْسُوا مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلَا يَرِدُوا عَلَيَّ حَوْضِي وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَأُولَئِكَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُمْ وَسَيَرِدُوا عَلَيَّ حَوْضِي يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ وَالصَّلَاةُ قُرْبَانٌ أَوْ قَالَ بُرْهَانٌ يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ إِنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ النَّارُ أَوْلَى بِهِ يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ النَّاسُ غَادِيَانِ فَمُبْتَاعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا وَبَائِعٌ نَفْسَهُ فَمُوبِقُهَا
Rasulullah saw bersabda kepada ka’ab bin ujrah: mudah-mudahan allah melindungimu dari para pemimpin yang bodoh (dungu). Ka’ab bin ujzah bertanya: apa yang dimaksud dengan pemimpin yang dungu wahai rasulullah saw? Beliau menjawab: mereka adalah para pemimpin yang hidup sepeninggalku. Mereka tidak pernah berpedoman pada petunjukku, mereka tidak mengikuti sunnahku. Barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka ataupun mendukung atas kezaliman mereka, maka orang itu tidak termasuk golonganku, karena aku bukanlah orang seperti itu. Mereka juga tidak akan mendapatkan air minum dari telagaku. Sesiapa yang tidak menyokong mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka maka mereka adalah daripada golonganku dan mereka akan dapat minum daripada telagaku,. Wahai ka’ab, sesungguhnya puasa adalah benteng, sedekah itu menghapus kesalahan, sedangkan shalat adalah mendekatkan diri kepada allah (qurban) –dalam riwayat lain burhan (dalil)- wahai ka’ab sesungguhnya tidak akan masuk surga daging yang berasal dari barang haram. Dan api neraka lebih berhak untuk melahapnya. Wahai ka’ab bin ujrah, manusia terpecah menjadi dua golongan: pertama, orang yang membeli dirinya (menguasai dirinya), maka dia itulah yang memerdekakan dirinya. Golongan yang menjual dirinya, maka dia itulah yang membinasakan dirinya sendiri. (hr. Ahmad bin hambal)

Sidang jumaat yang dirahmati Allah
Melalui hadith ini, Rasulullah SAW telah menasihatkan kepada sahabat Kaab bin Ujrah dengan enam perkara :

1 ) “nasib” kepemimpinan sepeninggal rasul s.a.w. Bahwa pasca meninggalnya rasul, kepemimpinan umat islam akan diwarnai tindakan-tindakan yang oleh rasul disebut “bodoh”. Karena itu, rasul kemudian senantiasa berdo’a semoga umatnya terlindungi dari “bahaya-bahaya” akibat pemimpin yang bodoh ini. Akan tetapi, kita di sini tentunya tidak akan memaksudkan kata bodoh secara harfiyah. Karena boleh jadi kita memiliki pemimpin yang pintar, cerdas, bergelar profesor, namun jika pemimpin itu tidak berpegang teguh pada sunnah rasul maka dia layak disebut sebagai yang bodoh atau dungu.
Cerdik dan bodoh atau dungu ini bukan diukur dengan kelulusan pendidikan sesorang pemimpin itu tetapi, dilihat melalui sejauh mana ia membawa kepimpinannya ke arah mentaati perintah Allah dan mendapat keredhaannya. Maka sesiapa yang membawa pemerintahannya dengan cara mengagungkan hokum-hakam makhluk maka itulah pemimpin yang bodoh.

2 ) Larangan memberi sokongan atau memilih pemimpin yang bodoh atau dungu yang tidak taat kepada Allah serta sombong dengan jawatannya.

3 ) Seruan untuk bersedeqah dalam susah atau senang

4 ) Tegakkan solat serta haknya..kerana solat mampu menjadi
cahaya kepada mereka yang menegakkan haknya.

5 ) Jangan mengambil atau melakukan perkara haram kerana ia akan menghalang manusia daripada masuk syurga dan mendekatkan ia kepada azab neraka

6 ) Pilihlah untuk jadi insan yang menjadikan dirinya menguasai hawa nafsunya dan jadi manusia yang dibelenggu dengan nafsu serakahnya.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah
Mudah-mudahan kita dapat mengambil peringatan drpd baginda saw ini agar kita dapat menjalani kehidupan ini dengan penuh keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

وَٱلۡعَصۡرِ ١ إِنَّ ٱلۡإِنسَٰنَ لَفِي خُسۡرٍ ٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ ٣
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 9 November 2015

Jadual kuliah sepanjang minggu ini ( 9 hingga 15 November 2015 ) ..... Jemputlah datang beramai-ramai.... Jangan lupa jugak esok kuliah subuh tambahan sempena cuti deepavali....